CELIK BAHASA ISYARAT
Terdapat beberapa pengisian yang saya peroleh daripada siaran langsung Media Sosial DBP pada 6 April.
Antara pengisiannya ialah kepentingan mempelajari bahasa isyarat. Kita mestilah mengambil peluang untuk pelajari bahasa isyarat. Hal ini bertujuan untuk komunikasi. Masyarakat yang menguasai bahasa isyarat ini kita dapat berkomunikasi dengan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran. Secara tidak langsung kita dapat menyantuni golongan ini. Walaubagaimanapun bahasa ini boleh digunakan terhadap golongan normal sepanjang masa.
Terdapat beberapa tips untuk menguasi kemahiran berbahasa isyarat. Antaranya jangan malas dan tidak bertangguh untuk mempelajari bahasa ini. Selian itu, kita mestilah mempelajari secara konsisten setiap hari sehingga mahir. Dengan itu, kita akan kuasai bahasa ini walaupun di peringkat asas sahaja.
No comments:
Post a Comment