BBM3410-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK
1. BUNTING/BANNER
Huraian |
·
Banner ialah suatu media promosi atau publikasi yang
dicetak menggunakan print digital dengan ukuran tertentu ·
Berbentuk portrait atau vertical bertujuan untuk
menjual ataupun memperkenalkan sesuatu kepada khalayak. ·
Elemen pertama ialah elemen kesesuaian. Di dalam banner itu terdapat atlet sukan yang
memegang kasut sukan. Oleh itu, penggunaan foto atlet ini sesuai dengan
pengiklanan kasut sukan. ·
Seterusnya ialah elemen keseimbangan. Keseimbangan
ini dapat dilihat melalui sisi atas dan bawah seimbang kerana mempunyai teks.
·
Selain itu, elemen teks. Elemen ini juga memainkan
peranan penting untuk menyampaikan mesej kepada pembaca dengan jelas dan
mudah. Penggunaan font Anton dan saiz
293 pt telah digunakan di dalam grafik ini dan perkataan ‘RAYA SALE !!!’ di
atas menekankan kepada pelanggan bahawa terdapat jualan yang murah untuk
kasut sukan. · Elemen mudah juga
terdapat di dalam banner ini. Hal
ini dikatakan demikian kerana jika masyarakat melihat banner ini, mereka akan
mengetahui bahawa syarikat ini mempromosikan jualan kasut sukan. Perkara ini
dapat dibuktikan kerana foto atlet sukan dengan kasut. Oleh itu, masyarakat
mengetahui bahawa syarikat ‘K’ ini membuat jualan kasut sukan. |
2.
PAMPHLET
Huraian |
·
Pamplet boleh terdiri daripada sehelai kertas yang dicetak
di kedua sisi dan dilipat menjadi dua, pada pertiga, atau keempat, disebut
sebagai risalah atau mungkin terdiri dari beberapa halaman yang dilipat dua
dan pelana dijepit pada lipatan untuk buat buku ringkas. ·
Elemen keseimbangan dapat dilihat pada ketiga-tiga
lipatan pamplet itu melalui sisi atas, bawah dan tepi dengan logo,
kasut dengan tulisan. ·
Bagi elemen teks pula, ia menggunakan saiz dan jenis
font yang sesuai. Huruf ‘K’ besar
di dalam pamplet itu akan
menyebabkan pembeli mengetahui identiti syarikat yang mengeluarkan produk
tersebut. Perkara ini penting kepada masyarakat untuk membacanya dengan
jelas. ·
Seterusnya ialah elemen warna. Warna kuning, putih
dan hitam di dalam pamplet itu amat
membantu masyarakat untuk membacanya. Contohnya perkataan ‘NEW DESIGN’ di
warna tetapi perkataan ‘FOR YOU’ tidak diwarnakan. Hal ini kerana syarikat
ini ingin menyampaikan mesej kepada pembeli bahawa mereka telah melancarkan
reka bentuk kasut sukan yang baharu. Tidak lupa juga, latar belakang setiap
lipatan pamplet tersebut tidak
menenggelamkan teks dan grafik di dalam pamplet
itu. · Akhir sekali, elemen
mudah. Hal ini dapat dikatakan apabila masyarakat melihat pamplet ini, mereka mengetahui bahawa
syarikat ini sedang mengiklankan kasut sukan. Hal ini mesej dengan grafik
dapat difahami oleh pembaca dengan sekali pandang. |
3. POSTER
Huraian |
·
Poster – Satu design
grafik yang terkandung gambar dan terdapat kata-kata pada atas kertas yang
ukurannya besar. ·
Kandungannya pula memuatkan tentang informasi serta
maklumat. ·
Ditampal pada tempat-tempat umum agar dapat dilihat dan
dibaca oleh orang ramai. ·
Tujuan – Memberikan informasi, mengajak orang ramai
untuk ·
Poster ini mengetengahkan elemen keseimbangan, teks
serta warna. ·
Elemen keseimbangan penting untuk tampil dalam
mana-mana poster. ·
Objek yang berada di atas poster kelihatan lebih
dominan dari objek yang berada di bawah poster. ·
Elemen rumput yang dapat dilihat pada poster sudah
menunjukkan wujud keseimbangan antara alam semesta yang berkolaborasi dengan
langit di atas. ·
Walaupun kedudukan kasut tidak kelihatan berada pada
tengah-tengah poster, namun elemen tulisan yang ada serta cahaya bulan yang
memenuhi ruang kiri dan kanan sudah mampu memaparkan elemen keseimbangan. ·
Saiz font yang digunakan mampu memberikan
pembaca untuk meneliti dengan mudah. ·
Bagi elemn warna pula, sangat menonjol warna kasut yang
digunakan tersebut bagi menarik perhatian orang ramai untuk terus melihat dan
membaca maklumat yang ada. |
4. GAMBAR/FOTO
Huraian |
· Elemen yang jelas digunakan adalah elemen teks. · Menggunakan font
dan saiz yang sesuai dan jelas untuk dibaca. · Teks yang digunakan menambah pemahaman kepada pembaca
dimana produk tersebut merupakan jenama baru dan meminta pembaca untuk
membelinya segera. · Elemen teks yang digunakan juga menjelaskan bahawa produk
yang dikeluarkan adalah sport shoes
atau kasut sukan yang tahan lasak. |
5.
BILLBOARD
Huraian |
·
Billboard ( Papan Iklan ) – Billboard kebiasaannya akan terlihat pada
tempat yang sering menjadi tumpuan lalu-lalang ketika kesibukan berlaku. ·
Maklumat yang dipaparkan pula berbentuk ilustrasi dan
slogan untuk menarik minat pembaca untuk menoleh walau seketika. ·
Bentuknya yang besar dan tinggi ini sebenarnya
memberikan peranan yang penting kerana memudahkan orang ramai untuk mudah
mengenali dan melihat secara langsung tentang maklumat yang ditampilkan pada
billboard tersebut. ·
Billboard ini megetengahkan elemen teks, keseimbangan, warna, mudah dan
kesesuaian. ·
Bagi elemen teks , font yang wujud pada billboard tersebut
berukuran agak besar dan sesuai. ·
Pembaca akan mudah membacanya walaupun berada pada
jarak yang jauh. ·
Bagi keseimbangan pula, elemen yang ada saling
bergantungan antara satu sama lain. ·
Margin kiri dan kanan, serta atas dan bawah sememangnya
tepat digunakan. ·
Warna yang digunakan pula sangatlah sesuai. ·
Warna putih pada kasut jelas menunjukkan kekontrasan
dan penumpuan penuh akan diberikan pada kasut tersebut. ·
Orang ramai akan faham bahawa syarikat ini sebenarnya
berniaga kasut sukan. ·
Bagi memenuhi elemen kesesuaian pula, atlet yang sedang
berlari adalah sesuai dengan latar yang digunakan. |
6. VIDEO
Huraian |
· Elemen yang banyak digunakan adalah teks, kesesuaian dan
mudah. · Elemen teks yang menggunakan font dan saiz font yang sesuai untuk menyampaikan mesej dengan
baik kepada pembaca, sebagai contoh teks 'Go Wild Go Further' yang
menjelaskan bahawa produk kasut sesuai digunakan ketika lasak. · Elemen kesesuaian, setiap latar yang digunakan adalah
sesuai dari segi font, foto dan
warna. Hal ini kerana ia memberikan makna terhadap setiap foto atau video.
Sebagai contoh, poster yang diletakkan dalam video menggunakan setiap latar
yang sesuai untuk menggambarkan kualiti produk kasut sukan. · Elemen mudah, menggambarkan bahawa penglihatan seseorang
yang melihat video tersebut dipaparkan mudah difahami tanpa menimbulkan
sebarang kekeliruan, sebagai contoh kasut yang dipaparkan sesuai digunakan
untuk aktiviti lasak seperti aktiviti riadah. |
No comments:
Post a Comment