Assalamualaikum dah apa khabar semua?
Blog kali ini Nab ditugaskan untuk share stategi komunikasi. Anda tahu apa tu komunikasi? mesti tahukan. Tapi kali ini strategi. hehheheh pada asalnya Nab pun baru tahu tapi Nab tidak mahu tahu sorang-sorang, Jadinya Nab mahu kongsi dengan semua.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan semantik
oleh pelajar untuk mengutamakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam
situasi ketika peraturan sistematik bahasa belum dibentuk ( Tarone, 1980: 420).
Komunikasi boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk kumpulan yang kecil dan
kumpulan yang besar. Tujuannya ialah untuk menyampaikan mesej dengan lebih
berkesan dan cepat. Strategi komunikasi berlaku dengan bahasa isyarat ataupun
bahasa badan. Oleh itu, Weber & Grauer (2019) menunjukkan bahawa komunikasi
juga terdapat startegi inovasi dan dapat meninggkatkan kesan yang positif. Selepas itu, Zerfass et al. (2018)
menyatakan bahawa strategi komunikasi
perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Kajian ini sokong oleh Heide et al
(2018), Ruler (2018) dan Werder et al.(2018) stategi komunikasi sebagai
pemangkin bagi semua paradigma. Kajian
ini lebih berkesan dilakukan oleh Normaliza Abd Rahim et al (2018) yang
dilakukan oleh kanak-akank melibatkan budaya dan nilai sosial. Seterusnya O’Connor
et al (2018) membuat pendekatan dimensi rangkain yang lebih berkesan.
Komunikasi ini merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi
dan perhubungan awam. Terakhir ialah strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep yang mudah
difahami.
so kehadiran ada tak ni?
Mestilah ada hehehehhe. Ni kehadiran saya ye Prof
No comments:
Post a Comment