One shot merujuk kepada rakan tanpa menggerakkan alat perakam video. Video tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir yang perlu dikreditkan. Video One Shot ini ada beberapa jenis. Antaranya:
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit UPM.
Bagi Nab la kan perkataan perubahan ni besar maknanya. Boleh jadi seseorang itu berubah dari aspek tingkah laku, kecantikan, amalan dan sebagainya. Semua ini boleh berubah. Setiap perubahan itu adalah disebabkan situasi sekelilingnya atau ketentuan Tuhan buatnya.
Agak-agakkan apa la makna perubahan menurut rakan-rakan Nab ye?
Topik kali ini Nab nak share berkaitan dengan kesedaran.
sebenarnya setiap orang pasti tidak sedar kesilapan mereka. Mungkin diri Nab atau kamu yang melakukan kesilapan tanpa sedar. Malangnya kita tiada kesedaran dan terus tenggelam melakukan kesilapan tersebut.
Kesedaran ini mahal bagi-ku. hal ini kerana kedaran turut merupakan pendidik dalam pengalaman kita.
Jom kita lihat apa yang sahabat kita kongsi berkaitan dengan topik "Kesedaran"
Kali ni Nab dapat tugasan yang mencabar. Tugasannya ialah "Teka-Teki". Nab rasa ni tugasan paling mencabar. Sebab Nab tak mahir buat teka-teka bahkan jawab pun pasti salah 😂😂
tapi apakan daya kita akur kerana ini kehendak tugasan. Hehhehheh.
Kita bermula dengan teka-teki dari kawan-kawan yer.
Kalau kamu dapat jawab boleh sahaja jawab diruangan komen okey.
Awak ... awak mahu tahu kini isu kemanusian hangat diperkatakan.
Hal ini berkaitan dengan kekejaman yang berlaku di wilayah Palestine.
Namun, tugas Nab bukan untuk menghuraikan isu tersebut.
Tugasku hanya menghuraikan erti kemunisaan untuk semua. Pada pendapat Nab sifat kemanusiaan pasti dimiliki oleh semua mahkluk sama ada manusia atau haiwan. Sifat ini halus maknanya sukar diluahkan dengan kata-kata namun pilu jika dihianati.
Ini tweet Nab:
Ini pula tweet kawan-kawan Nab:
Dah siap baca ke tu? Apa pula makna kemunisaan buat kamu ? Jomm Sharee dengan Nab. Tulis sahaja di ruangan komen.
Perkataan silap ini jika dikupas sangat dalam ertinya. Kesilapan pasti berlaku pada semua orang, tiada yang terkecuali bahkan diri Nab sendiri banyak sangat buat silap. Namun kesilapan ini tetap segar dalam ingatan kita untuk dijasikan tauladan diri.
Kawan-kawan Nab pun ada kongsi erti keilapan bagi mereka.
Haaa....macam mana rasa setap tak ? hehhehehehe gurau.
Hari ni Nab ditugaskan untuk cipta pantu. Hahahhhah 😂 Pantun? Ya pantun... secara jujurnya Nab ini tidak pandai cipta pantun tapi atas kerana tugasan Nab akur juga.
Pantun yang Nab cipta ini untuk peringatan bersama berkaitan dengan Covid-19. Kalau awak mahu tahu kini kes sudah mencecah 8 ribu sehari!! banyakkan 😰😰😰 Oleh itu Nab mahu sampaikan pesanan bersama dalam pantun ini.
Ini pantun Nab
Kawan-kawan Nab pula turut upload pantun mereka. Semuanya menarik 😍
Nab tulis langkah ini ikut turun yang Nab lakukan sahaja.
Pertama : Sediakan kamera atau telefone bimbit.
Pada pendapat Nab menggunakan telefone bimbit untuk merakam video itu lebih mudah.
Kedua: Sediakan pemegang telefone bimbit atau "Stand Phone".
Perlu ke ? Emmm pada Nab alat ini hanya pilihan sahaja. Tetapi Nab menggunakan "stand phone"
yang mudah laras sebab Nab nak elakkan video bergegar sewaktu merakam.
Ketiga: Pilih Tempat
Macam video ni Nab pilih lokasi hanya di dalam rumah. Waktu pagi raya. Sebab itu sunyi sikit.\
Keempat: Rekod video
Bila dah pilij tempat dan model. Nab hanya rekod sahaja. Apa yang berada di hadapan, Nab akan terangakan. Selain itu, tips untuk mengelakkan video bosan, kita perlu bergerak dan guna cara zoom out atau zoom in. Rekod vidoe di sekitar anda selama 5 minit.
Kelima: VoiceOver
Sepatutnya video setempat ini tidak perlukan editing, semuanya hanya sepontan sahaja. Voiceover yang Nab guna ini untuk menonjolkan suara sahaja. Al maklumla kalau tidak buat voiceover suara Nab ini tengelam. Tambah pula suara saya ini perlahan 😂
Keenam: Masukkan Musik
Dalam video ini Nab tambahkan lagu latar supaya lebih menarik. Nak dapatkan hasil yang best.. Nab pilih lagu yang tengah trending dan slow sikit volume lagu agar suara kita tak tenggelam.
Ketujuh: Upload di YouTube
Apabila dah siap semua, Nab hanya tinggal untuk upload sahaja. Itss Done !!!!!
Blog kali ini Nab ditugaskan untuk share stategi komunikasi. Anda tahu apa tu komunikasi? mesti tahukan. Tapi kali ini strategi. hehheheh pada asalnya Nab pun baru tahu tapi Nab tidak mahu tahu sorang-sorang, Jadinya Nab mahu kongsi dengan semua.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan semantik
oleh pelajar untuk mengutamakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam
situasi ketika peraturan sistematik bahasa belum dibentuk ( Tarone, 1980: 420).
Komunikasi boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk kumpulan yang kecil dan
kumpulan yang besar. Tujuannya ialah untuk menyampaikan mesej dengan lebih
berkesan dan cepat. Strategi komunikasi berlaku dengan bahasa isyarat ataupun
bahasa badan. Oleh itu, Weber & Grauer (2019) menunjukkan bahawa komunikasi
juga terdapat startegi inovasi dan dapat meninggkatkan kesan yang positif. Selepas itu, Zerfass et al. (2018)
menyatakan bahawa strategi komunikasi
perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Kajian ini sokong oleh Heide et al
(2018), Ruler (2018) dan Werder et al.(2018) stategi komunikasi sebagai
pemangkin bagi semua paradigma. Kajian
ini lebih berkesan dilakukan oleh Normaliza Abd Rahim et al (2018) yang
dilakukan oleh kanak-akank melibatkan budaya dan nilai sosial. Seterusnya O’Connor
et al (2018) membuat pendekatan dimensi rangkain yang lebih berkesan.
Komunikasi ini merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi
dan perhubungan awam. Terakhir ialah strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep yang mudah
difahami.
Raya tahun ini amat sedih. Sebab tahun ini kita beraya di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). so semua rakyat Malaysia beraya dirumah sahaja tidak terkecuali juga Nab dan kawan-kawan.
Raya pun kita PKP jandinya saya dah ahli Klik-Klik buat satu vlog raya bersama-sama. Dengar pun dan menarikkan, inikan pula kalau menonton video kami. hehehehe😄
Disamping kami memenuhi tugasan Multimedia dalam Bahasa (BM3410) di bawah bimbingan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, kami enjoy giler buat video ni.
Inilah kenangan Raya PKP 3.0. OK la Nab tak mahu beleter panjang nanti sebak pula.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras🌾
Ini merupakan video simpulan bahasa yang dihasilkan oleh ahli kumpulan Klik Klik yang terdiri daripada 10 orang...Bukan calang-calang yah bakat terpendam mereka🤭Jumm, Selamat menonton semua !
Video ini bagi memenuhi tugasan Multimedia dalam Bahasa (BM3410) di bawah bimbingan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.