Delima Pengembara
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rancangan Sembang Tamu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 April 2021. Program ini sangat menarik dengan tajuk Delima Pengembara. Saya yakin bukan saya sahaja suka mengembara, bahkan anda pun pasti minat mengembara! Oleh itu, tajuk ini dikupas berdasarkan pengalaman seorang pensyarah yang telah mengembara ke 21 buah negara, iaitu Dr Siti Nur Alia Roslan. Secara umumnya, mengembara merujuk kepada percutian ke suatu tempat sama ada dalam negara mahupun luar negara. Namun menurut Dr Siti Nur Alia Roslan, mengembara adalah apabila seseorang itu keluar dari zon selesa dan berhijrah atau pergi ke suatu tempat yang baharu. Mengembara bukan sahaja pergi ke luar negara, malahan pergi ke dalam negara turut merupakan sebuah pengembaraan.
Seseorang itu mengembara pasti mempunyai tujuan. Contohnya untuk mempelajari bahasa baru, mengenal budaya masyarakat dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman Dr Siti, beliau mengembara ke suatu tempat untuk mendapatkan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Banyak perkara yang boleh diperolehi. Antaranya dialek setiap tempat berbeza-beza. Bahkan setiap tempat mempunyai kenunikan dan keistimewaan tersendiri. Keunikan dari aspek makanan, seni bina, tingkah laku masyarakat, pakaian dan sebagainya. Keistimewaan ini merupakan cerita menarik buat pengembara .
Dr siti turut berkongsi tips mengembara. Apabila saya dapat tips yang bermanfaat, mulalah hati ini teringin hendak bercuti 😂 Antara tipsnya, kita perlu belajar bahasa asas negara tersebut. Secara tidak langsung kita dapat berkomunikasi dengan lancar. Selain itu, seorang pengembara peru cari infomasi awal berkaitan tempat yang ingin kita tuju. Berdasarkan pengalaman Dr Siti Nur Alia Roslan kita perlu sediakan peralatan penting sebelum mengembara khususnya ubat-ubatan. Hal ini kerana beliau pernah diserang sakit perut. Di saat itu, beliau sedar bahawa ubat-ubatan ini amat penting sekali disamping makanan dan pakaian.
Cabaran disaat mengembara ialah ingin menyesuaikan diri di tempat baru. Menurut Dr Siti, beliau mengambil masa selama tiga bulan untuk belajar berkomunikasi bagi menyesuaikan diri di tempat baru. Perkara penting yang ditekankan ialah rajin bertanya, komunikasi dan paparkan bahawa diri anda ini baik.
Secara keseluruhan dari perkongsian ini, setiap orang merupakan pengembara. Pengembaraan ini tidak terhadap kepada kata "percutian" sahaja, tetapi menambah ilmu pengetahuan turut merupakan pengembaraan. Oleh itu, saya sarnakan jika anda diberi peluang dan ruang, ambillah waktu itu untuk terokai segalanya, ilmu, pengalaman dan sebagainya.
Bukti kehadiran
No comments:
Post a Comment