Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 3- CERITA SOSIAL 2

CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus 

Pada suatu hari bapa Alim membawa pulang buah-buahan temaptan. Menurut bapanya buah-buahan tempatan di beli dari pasar tani. Bapa membelinya kerana bapanya tahu bahawa Alim dan abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah sangat menyukai buah-buahan tempatan. Mereka menikmati buah tersebut bersama-sama. Ibu telah menyediakan satu bakul sampah untuk mereka. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan Alim dan ahli keluarganya membuang sampah merata-rata. Dengan itu, rumah mereka tidak akan kotor dan bersepah. Alim sentiasa mengingati pesan ibunya untuk sentiasa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Menurut ibunya berkongsi merupakan perbuatan yang baik. Oleh itu, Alim meminta izin ibunya untuk memberi Sulaiman sedikit buah-buahan tersebut. Setelah ibu mendengar permintaan Alim, ibu latas mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik berwarna merah. Selasai sahaja ibu mengasingkan, Alim terus menuju ke rumah Sulaiman untuk menghulurkan plastik tersebut lalu menukar arah untuk pulang ke rumah. Jelas kegembiraan Sulaiman terpancar diwajahnya. Sulaiman mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.Selepas selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya mengemas rumah. Sewaktu Alim membawa sampah kulit buah-buahan, Alim terserempak dnegan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah merupakan ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah pula menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya. Mak Cik Timah memandang anaknya dengan perasaan gembira kerana Sulaiman mempunyai teman sebaik Alim. Alim suka berkawan dengan Sulaiman. Selesai membuang sampah, Alim melambai Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam Rumah. Sambil melihat Alim berjalan Mak Cik Timah mengkat doa  untuk kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. Kisah ini menekan amalan berkongsi rezeki dengan orang lain sebagai contoh keluarga dan jiran tetangga. Amalan berkongsi ini amat baik. Berkongsi rezeki diklasifikasikan sebagai sedekah. Amalan sedekah ini ditekankan dalam agama islam. Ini jelas tertulis dalam satu rangkap ayat “ siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatkan gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak” (surah Al-Baqarah:245). Secara tidak langsung perbuatan Alim dan keluarganya akan dicontohi oleh orang lain. Amalan yang kedua yang ditekankan adalah membuang sampah ke dalam tong sampah. Ibu dan bapa Alim mengajar anak-anak mereka membuang sampah ke dalam tong sampah. Situasi ini amat bagus, kerana anak-anak mereka telah di didik dari kecil. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka dapat menjadi seorang yang berdisiplin iaitu membuang sampah ke dalam tong sampah disamping menjaga kebersihan alam sekitar. Bak kata pepatah melentuh buluh biarlah dari rebungnya.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WAR...