Wednesday, March 31, 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 ELEMEN ASAS GRAFIK

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit UPM. 


MUDAH

 

Mudah merujuk gambaran yang mudah difahami dengan melihat foto atau video.  

 

WARNA

 

Warna merujuk kepada kombinasi warna dalam sebuah foto.

Elemen warna yang digunakan dalam grafik mestilah  tidak lebih daripada tiga warna.

 

TEKS

 

Teks merujuk kepada jenis dan saiz fone, warna fone dan kandungannya memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada pembaca.

 

KESESUAIAN

 

Grafik tersebut mestilah sesuai dengan tempat, masa dan watak yang terdapat dalam foto. Hal ini dapat menonjolkan mesej yang disampaikan.

 

KESEIMBANGAN

 

Setiap imej menitik beratkan ruang. Sebagai contoh ruang kiri dan kanan mestilah seimbang. Elemen ini dapat menghasilkan foto yang cantik.

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.



BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus

( Normaliza Abd Rahim, 2018b )

Daripada: Abbott (2000), Atlas (1977), Brown & Yule (1983)


Daripada: Cannon (1927)



BAHASA

Rujukan: Falsafah Pendidikan Negara (1995)



Teori: Stubbs (1983)


Cadangan: Brown & Yule (1983)


Pendekatan analisis wacana telah diperkenalkan oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2018. Pendekatan ini menekankan lima elemen dalam menjelaskan peranan ujaran dan teks.

Elemen pertama ialah pra-andaian merupakan satu teori yang telah dicadangkan oleh Abbott (2000), Atlas (1977), Brown & Yule (1927). Pra-andaian mempunyai dua subtopik iaitu intuisi dan konteks. Intuisi perlu difahami tanpa menggunakan intelektual. Manakala, konteks dalam wacana akan dilihat dari aspek penerimaan, keperluan, anafora dan lain-lain.

Emosi merujuk kepada perasaan seseorang. Oleh itu, emosi di katagorikan kepada tiga iaitu positif, negative dan bercampur. Element ini di pelopori oleh Cannon (1927).

Nilai dan Budaya merupakan elemen yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai dan Budaya kepada tiga diri, masyarakat dan adat. Setiap subbidang ini mempunyai nilai yang berbeza-beza.

Seterusnya ialah bahasa. Bahasa di fokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. contohnya bahasa Melayu merupakan bahasa pertama. Selain itu, penggunaan bahasa ini terbahagi kepada dua fomal dan tidak formal bergantung kepada situasi. Disamping itu terdapat keslahan dan linguistik untuk dianalisis secara kritis.

Terakhir ialah inferens. Inferens dipelopori oleh Brown & Yule (1983). Inferens menekankan kepada bahagian penutup dan rumusan secara keseluruhan.










Wednesday, March 24, 2021

BBM 3410 - 2021- MINGGU 1- CERITA SOSIAL 1

  • Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

  • RUJUKAN
    Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Watak

Perwatakan

Alim

·          Alim mempunyai dua nenek dan datuk.

·         Anak kepada ibu dan bapa.

·        Menangis : kelakuan Alim menangis hari ini.

Ibu dan bapa

·       Ibu bapa kepada Imran, Madinah, Aisyah dan Alim.

Nenek dan datuk

·        Ibu dan bapa kepada ibu Alim .

·        Tinggal di Kajang.

Imran

·       Dikenali sebagai abang Imran.

Madinah

·       Merupakan akak Alim.

·       Dikenali sebagai kakak Madinah.

Aisyah

·       Adik kepada Imran dan Madinah.

Latar masyarakat

Contoh

Masyarakat penyayang

Nenek dan datuk memujuk Alim yang menangis di tepi reban ayam lama.

Masyarakat yang rajin

Abang Imran dan Kak Madinah bantu ibu dan bapa mengangkat beg.

Masyarakat yang prihatin

Ibu dan bapa  serta nenek dan datuk prihatin terhadap kelakuan Alim yang menangis hari ini tanpa sebab.

Masyarakat yang hidup bahagia

Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Latar Masa

Contoh

30 minit perjalanan

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

Hari ini

Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

Latar tempat

contoh

Kampung

Kampung nenek dana datuk di Kajang.

Reban ayam

Alim berjalan dengan nenek kearah reban baharu.

Rumah nenek dan datuk

Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa.

Ruang Tamu

Alim duduk di rumah tamu sambil menonton televisyen…

Emosi positif

Contoh

Gembira

Alim ketawa bersama abang Imran.

Teruja

Alim  terus keluar dana mencari-cari ayam dan itik.

Emosi negatif

Contoh

Sedih

Alim menangis di tepi reban.

Keliru

Alim keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk  yang berlainan daripada biasa.
















































































































BBM 3410-2021- BIODATA DIRI

 oleh : Nurul Nabila binti Zazali

Hai selamat datang.

Assalamualaikum  dan salam sejahtera. Semoga Allah merahmati kalian.

Sebenarnya ini post pertama blog Miss Nab. Tujuan blog ini adalah untuk saya berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa. Oleh kerana ini, pengalaman pertama saya, maka saya nak kenalkan diri terlebih dahulu.

Nama diberi Nurul Nabila binti Zazali tapi lebih dikenali sebagai Nab atau Biela. Umur Nab masih muda iaitu 22 tahun. Dalam keluarga Nab merupakan anak ketiga dari empat adik beradik. Sebenarnya, keluarga Nab kecil sahaja dan umur kami tidak jauh beza. Tahun kelahiran saya 1999.

Nab berasal dari negeri pantai timur iaitu negeri Pahang. Bak kata orang  anak jati negeri "Tok Gajah". Sekarang Nab sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor. Nab mengambil ijazah sarjana dalam  jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Kini Nab berada di tahun kedua iaitu semester empat. Bila digelar sebagai penuntut, mesti ada nombor pelajarkan? Maka nombor pelajar saya adalah 203964.

semoga blog ini memberi manfaat untuk semua.

salam berkenalan dari Miss Nab...






SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WAR...