Tuesday, June 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

Kopi Timee !!!!!!!

siapa peminat kopi?

Mari dekat... Nab nak story tentang kopi.

Sejak Nab tonton siaran lansung Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Rancangan Sembang Tamu Misteri Kopi bersama Dr Alia, Nab mahu share sikit tentang kopi..

Apa yang menarik sekali. Dr Alia ini telah mengembara ke beberapa buah negara hanya untuk mencuba kopi tau. Kopi Afrika, Itali, dan berbagai lagi semua Dr dah cuba. Setiap cerita Dr sangat menarik.

Dr Siti Nur Alia peminat kopi.

Nab pun peminat kopi. 

Awak minat kopi tak?



Kalau minat boleh la menonton siaran ulangan di pautan yang Nab sediakan.





Ini kehadiranku


BBM3410-2021-MINGGU 13- PODCAST

 Haii semua bertemu kita di minggu-minggu akhir ini.

Kali ini Nab mahu kongsikan tugasan Nab bersama kumpulan iaitu Podcast.

Sebenarnya ini pengalaman pertama Nab menggunakan podcast ini 😂 Pada pendapat Nab Podcast ini menarik dan tidak mengecewakan. Oleh itu, kami satu kumpulan telah ditugaskan untuk memilih podcast masing-masing. Akhirnya semua podcast mempunyai genre yang berbeza. Misalnya bentuk islamik, seram, dan sebagainya.

Tajuk podcast Nab : Perkawinan di musim pendemik

Haaa.... menarikkan. Isu kawin ni memang best. Tapi kawin di musim pendemik ni agak berlainan.

walaubagaimanapun, perkawin di waktu kini telah membuka mata masyarakat bahawa perkawin itu mudah, dan tidak membebankan.

cukup itu sahaja perkongsian Nab.


ini bukti kehadiran Nab.



BBM3410-2021-MINGGU 12- KEINDAHAN

 

Setiap manusia mempunyai deskripsi tersendiri berkaitan dengan keindahan. 

minggu ni Nab di minta share tentang keindahan.

Jom lihat apa yang Nab dan rakan-rakan post. hehehheheh😁


Ini post kawan-kawan Nab







ini yang Nab post:



Wednesday, June 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11- KISAH SEDIH

 Assalamualaikum semua. 

Hari ini biela ditugaskan untuk menceritakan kisah sedih Nab. Namun bagi Nab berat hati tidak setanding beratnya tangan untuk menaip setiap kisah sedih Nab. Nab atas kerana tugas Nab akur untuk berkongsi kisah Nab. Nab minta maaf kisah ini tidak dapat ditulis sebepenuhnya atas kerana sebab tertentu. 

Kisah sedih Nab adalah pemergian insan tersayang pada hari kelahiran ke-18. Selepas kejadian itu Nab tidak meraikan hari kelahiran bersama keluarga. Bahkan Nab merasakan tarikh hari kegembiraan buatku turut terkubur besama arwah yang ku gelar "tok". Selepas dua tahun Nab melawan rasa sedih dihati kerana tiada yang ingat bahawa tarikh itu ialah tarikh kelahiranku namun ia kekal sebagai tarikh pemergian tok. Kini,  aku sudah selesa dengan situasi itu.



Ini kisah sedih kawan-kawan Nab:












BBM3410-2021-MINGGU 11- ALAM SEKITAR

 HELLOO....

Topik kali ini ialah semula jadi..

Nab pasti musim PKP ni semua orang rindu nak bercuti. Otak ini asik ingat nak spend masa dengan alam jer. Jemu sudah duduk di rumah. Betul atau tidak?

So kali ini Nab share dengan hampa yang Nab pun rindu nak bercuti. Apabila dapat tugasan topik semula jadi. Pikiran terus teringat pantai. Nab seorang suka pantai. Habiskan masa seharian di pantai pun tidak mengapa. Bagi Nab pantai ini satu tempat yang boleh tenangkan minda. Nab boleh hilangkan stress dan tekanan yang berada di benak fikiran yang selalu sibuk sepanjang satu sem menghadap tugasan demi tugasan. 

Kalau awak pun rindukan alam. awak tengok jer gambar berkaitan dengan alam. Bak kata orang pengubat hati. Mahu bercuti tapi masih tidak diizinkan masadan situasi.

Ini yang Nab kongsikan:


Ini pula yang kawan-kawan Nab kongsikan:





BBM3410-2021-MINGGU 11- DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 Assalamualaikum semua sahabat. 

Hari ini Nab bawa kisah yang mengembirakan buat peminat drama Korea .... hehehhee

Ya betul drama korea ... 

Drama korea ni best sangat. Kalau kita menonton sekali pasti jatuh cinta. Hal ini kerana drama korea mempunya banyak gendre dan jalan cerita mereka pelbagai. Perkara ini turut dinyatkan oleh Prof Normaliza dalan rancangan sembang tamu. 

Rancangan Sembang Tamu yang di bawa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertajuk "Drama Korea" sangat menyeronokkan. Malahan mendapat sambutan hangat daripada para pelayar. 

Dapat saya simpulan bahawa drama korea telah hangat mendapat sambutan dalam kalangan masyarakta akan kerana jalan ceritanya. Gendre yang pelbagai misalnya kisah Doktor, pelajar dan sebagainya. Semua drama mempunyai mesej tersendiri. Malahan Prof turut memberi tips kepada pelayar yang mahu berjinak dengan drama korea. Menurutnya, pelayar yang mahu berjinak dengan drama korea, anda cari jalan cerita yang mudah faham kemudian beralih kepada yang lebih sukar.


Anda jangan lepaskan peluang  menonton rancangan ini juga tau...





ini pautannya

https://youtu.be/zNx2BjyJmlA




Saturday, June 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10- VIDEO FOKUS (KLIK-KLIK)

 Hai semua... 

Emmm agak-agak video apa pula Prof nak kita buat?

siapa tahu?

Komedi? atau Cinta? ahhahhahah . Dua dua salah. Kali ini Prof minta kita buat Video Fokus. 

Eh video fokus tu apa?

Video fokus ini merujuk kepada video yang difokus kan pada bahagian tertentu. 

contohnya kali ini ahli Klik-klik memfokuskan bahagian anggotan tangan yang memengang pen hitam. Pen hitam ini mempunyai penyampaian mesej mengikut babaknya

Haaa apa lagi kita tunggu!!! Jom la kita lihat bersama 😁



ini link nya tau:

https://youtu.be/ZI3mOj1cFYc


Rujukan :

Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Friday, June 4, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO TAGEDI (KLIK-KLIK)

 Hai Semua..

Awak cuba awak teka, kali ni video apa pula yang Nab kene buat bersama ahli kumpulan?

Video Lawak jenaka?

Video bawang merah, bawang putih?

hahahhahah tidak la. Kali ini kita bawa video yang bertemakan "tragedi"... Eeeem ngeri la kalau dengar!  itu baru dengar belum lagi menonton kan!😏

Haaa.. tak sabar dah nak tengok video kami. okey jom kita tengok yer. Nab sediakan pautan dibawah..



ini linknya pula:



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Wednesday, June 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM (KLIK-KLIK)

 Assalamualaikum semua..

lama kita tidak bersua. Minggu ni Nab ditugaskan untuk menyediakan video yang bertemakan seram. Tapi Nab tidak lakukan secara sendirian. Nab akan berganding bahu bersama ahli kumpulan Klik-Klik.

Pada pengalaman Nab. Ini pengalaman yang sangat mencabar. Hal ini kerana kita akan melakukan video bersama kawan-kawan yang berbeza tempat. Ada yang menetap ni Perak, Pahang dan sebagai. Eeemmm macam mana la kami akan lakukan? 

Tapi video ni tetap gempak dan mesej yang disampaikan sangat jelas.

Jom saksikan video seram dari kumpulan Klik-Klik.


ini link yer. Jangan lupa subcribe ok😎

https://youtu.be/5clkKb-Tl60


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WAR...